18/04/2014

Salam sejahtera. Key menulis post ni lepas adik Key minta Key buatkan facebook fanpage untuk bisnes dia. Jadi Key terfikir, mungkin masih ramai yang tak tahu macam mana nak buat fanpage, terutamanya mereka yang jarang dengan dunia internet ni.
Jadi Key akan kongsikan tutorial ringkas macam mana kita nak setup Facebook Fanpage, nak pilih jenis fanpage apa, target audience dan cara nak jemput rakan-rakan atau bakal pelanggan 'LIKE' fanpage kita.

Kenapa kita perlukan fanpage untuk bisnes? Kan kita dah ada akaun facebook peribadi... Ini jawapannya:
  • Jumlah peminat (fans) yang takde had! Kalau akaun facebook peribadi cuma boleh kumpul rakan sehingga 5000 orang saje.
  • Sasaran tertumpu, iaitu orang yang like fanpage kita tu yang memang perlukan info dari kita. Mereka yang buat keputusan sama ada nak LIKE fanpage anda ke tak.
  • Fanpage boleh diurus oleh satu akaun facebook tunggal atau korang boleh tambah ahli untuk sama-sama mengurus content yang korang nak publish dalam fanpage tu nanti.

Tanpa berlengah ikuti langkah-langkah ini:

1. Login ke Facebook anda

2. Langkah seterusnya ialah pergi ke link ini ..
http://www.facebook.com/pages/create.php

3. Pilih Fan page yang sesuai dengan anda. Jika Fan Page kita jenis bisnes atau perniagaan, saya syorkan pilih Brand or Product


4. Kemudian pilih kategori produk yang menepati dengan perniagaan anda. Yang penting, namakan fanpage anda mengikut 'KEYWORDS' atau niche nama produk yang korang nak pasarkan. Kalau nak mudah untuk jangkamasa panjang, korang buat nama syarikat atau nama perniagaan korang je. Tak payah la nak buat page banyak-banyak ikut berapa produk yang korang nak promote.


5. Buat gambar profail.

Boleh gunakan apa-apa imej sama seperti cara yang korang buat untuk letak gambar profail di facebook peribadi korang tu. Macam mana nak upload gambar tu?

6. Upload gambar profail

Masa korang setup fanpage tadi, akan keluar satu arahan seperti gambar bawah ni. Korang cuma perlu upload gambar yang korang pilih tadi. Pilih 'Upload From Computer' dan klik 'next'.



7. TADAAA!!! Dah siap pun... Kalau korang nak letak gambar besar untuk timeline header, cuma klik butang upload yang terdapat di ruangan atas halaman. Imej untuk timeline banner tu ialah 851px X 315px. 

Lain-lain yang korang perlu buat ialah kemaskini maklumat di fanpage anda tadi. Klik 'About' dan akan muncul halaman baru khas untuk admin. Korang lengkapkanlah semua maklumat yang berkaitan tu.

Nanti Key akan sambung bab macam mana nak menjemput orang like page kita. Untuk langkah pertama, jemput kesemua senarai rakan yang ada di facebook peribadi anda tu dulu...

Jumpa lagi nanti!



08/04/2014

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). 

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. 

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini : 

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku. 

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja. 

Si ayam jalak tua : Eh a... berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam. 

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer) 

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing, Si ayam jalak muda:Set Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter. 

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan). Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan... . 

Kenapa ?? [jawapan ada di bawah] 

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Apsal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU" 

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) 

HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

07/04/2014

Balik petang tadi, wife aku dok sibuk bercerita tentang sorang kakak di ofis dia tu... Suaminya dah bergelar pesara dah 7-8 bulan dah. Asalnya kerja dengan bank, dan ambil pencen sebab dah penat nak kerja ofis.

Kerja seharian si suami kakak tu tengok saham dia je la di rumah. Boleh tahan keuntungan yang diorang pernah dapat. Kebetulan, kakak tu syorkan kat wife aku supaya belajar selok-belok pasal saham MITI.

Aku pun dok godeh, godeh la search apa benda saham miti ni? Carilah dua tiga blog berkaitan Rahsia Bermain Saham.. Akhirnya aku dapat cari maklumat penuh di portal MITI sendiri serta beberapa maklumat asas macam mana nak mula main saham ni. Lagipun, ada juga ebook panduan yang aku kira sesuai untuk Belajar Bermain Saham...

Baiklah, dah alang-alang aku dah dapat maklumat yang boleh dikongsikan di blog ni, aku panjangkanlah kepada korang yang membaca post ni yek!

Perkara penting yang korang mesti ada ialah akaun CDS (Central Depository System) yang memudahkan urusan jual beli saham nanti.

Cara nak mendaftarnya, korang boleh pergi ke bank-bank yang terlibat dengan urusniaga saham seperti di senarai berikut.. Klik Sini untuk dapatkan list penuh.

Panduan Daftar Akaun CDS
  1. Pergi ke mana-mana bank seperti yang telah diberikan sebelum ini dan pergi ke kaunter dan request untuk buka akaun CDS. 
  2. Jangan lupa bawa IC untuk daftar akaun ye.Sediakan juga dua salinan IC yang telah disahkan. Jadi tak perlulah 2-3 kali kerja nanti. 
  3. Kosnya cuma RM10.00 sahaja 
  4. Tunggu sekejap untuk staf bank tu proses akaun korang.Biasanya tak lama..lebih kurang 10 minit je, akaun korang akan siap. 
  5. Korang akan diberikan nombor akaun CDS yang mana kalau korang dah ada nombor ni bermakna korang dah boleh membeli saham secara online..paling senang adalah di Maybank2u. Tapi kita cerita nak beli saham MITI kan!
Baiklah, kita tengok pula apa dia benda-benda penting sebelum korang mula Bermain Saham Miti nih.

1. Siapakah yang layak memohon saham khas Bumiputera?
Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • - Individu 
  • - Warganegara Malaysia; 
  • - Berstatus Bumiputera; 
  • - Berumur 18 tahun ke atas; dan 
  • - Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. 
Nota:
  • - Pelajar adalah tidak layak memohon. 

2. Apakah dokumen-dokumen berkaitan untuk mendaftar sebagai pelabur MITI?
Individu
  • - Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online); 
  • - Salinan kad pengenalan/surat pengesahan status Bumiputera yang jelas; 
  • - Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri; 
  • - Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank; dan 
  • - Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan. 
  • - Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada); 
Nota:
  • - Bagi pegawai Kerajaan, sila dapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini. 

Itulah secara ringkasnya bagaimana nak mula membeli saham MITI. Tapi sebelum kita terjah je, perlulah ada sedikit panduan. Taklah kita nanti terkejut kalau kejap-kejap saham kita turun naik.

Kalau korang nak tahu, ada beberapa teknik menarik yang amat best diceritakan dalam Ebook Panduan Saham, elok korang dapatkannya dulu. Belajar dulu serba sedikit tentang asas saham ni. Mesti korang akan bertambah semangat nak melabur dan melibatkan diri dalam urusniaga jual beli saham ni.
Ish-ish... betul ke Profesor Izzi Hj Ali yang glamer dengan tagline "Renung-renungkan dan selamat beramal" tu meraba dan mencabul student dia? Peh... kes berat tu!!!

Harian Metro semalam melaporkan di akhbar diorang seorang pensyarah popular didakwa mencabul pelajar. 

Prof Izzi Haji Hj. Ali pensyarah didakwa cabul Nurul Shuhada Binti Shahadan pelajar UITM Arau Perlis. Profesor dan juga pakar motivasi terkenal iaitu Prof Izzi Hj. Ali telah menggemparkan institusi pengajian tinggi berikutan dakwaan seorang pelajar di universiti berkenaan mendakwa dicabul oleh pensyarah terbabit.

Mangsa dilaporkan terpaksa merelakan perbuatan tidak senonoh pensyarah itu kerana risau akan mempengaruhi markah peperiksaanya. Berikutan insiden tersebut, mangsa membuat laporan polis dengan bertujuan tidak puas hati dengan tindakan pensyarah terbabit kerana telah menjatuhkan maruahnya.

Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat!

Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat! Jika sebelum ini halwa telinga dan mata rakyat Malaysia acapkali dihidangkan dengan deretan nasihat dan motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi terkenal ini dengan tagline “Renung-renungkanlah, dan selamat beramal”. 

Secara tiba-tiba, Malaysia dikejutkan dengan dakwaan berserta dengan laporan polis yang mana Prof Izzi Haji Ali melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadap seorang pensyarah IPT Awam (Pelajar UiTM Arau Perlis).

Ni antara bahan-bahan yang related aku jumpa di blog-blog berita cendawan...


Bahan di atas adalah gadis yang membuat laporan polis...


Gambar-gambar lain, korang boleh tengok blog asal aku dapat berita ni... KLIK SINI


26/03/2014

Wah! Macam mana kita nak buat rawatan tanpa sebarang kos? Sebenarnya kita masing-masing ada doktor di rumah. Kalau kita tahu beberapa perkara asas tentang penyakit, ianya sangat memudahkan kita mencegah, mengawal dan merawatnya. Kampung Stail ingin berkongsi beberapa tips mudah mencegah dan merawat beberapa penyakit umum yang biasanya menjangkiti ahli keluarga anda.

1. Mengalami Migrain

  • Jika keadaan mengizinkan untuk anda baring, lakukan dengan segera baring di bilik yang gelap dan senyap. Pastikan kepala anda berbantal dan cubalah untuk melelapkan mata dan tidur.
  • Elakkan dari memakan coklat dan banyakkan minum air masak sepanjang hari. Terutama jika anda muntah-muntah.
  • Jika anda dalam mode memandu, elakkan memandu dalam cuaca panas terik.
  • Rutin tidur anda perlulah konsisten. Kurang tidur atau terlebih tidur boleh menjadi penyebab kepada migrain.

2. Mata Berketumbit.

  • Jangan mengenakan sebarang solekan pada mata yang berketumbit
  • Jangan berani untuk memicit bintil ketumbit di mata. Sebaiknya gunakan kapas bersih dan rendam di dalam air hangat. Kemudian tekap pada ketumbit sekitar 15 minit. Ulang beberapa kali langkah tadi menggunakan kapas yang sama atau gunakan kapas yang baru.
  • Jangan memakai kanta lekap jika mata ditumbuhi ketumbit. Ia boleh menambah risiko jangkitan mata yang lebih serius.
  • Jika ketumbit pecah, bersihkan mata dengan kadar segera dengan air suam. Kemudian lap dengan tuala lembut dan bersih.
  • Elakkan dari menggunakan peralatan solek yang telah luput tarikhnya.
  • Basuhlah tangan dengan bersih sebelum dan selepas memegang ketumbit.

3. Demam Cacar Air
  • Jika anak-anak anda sedang demam cacar air, potong pendek kukunya supaya mereka tidak menggaru kulitnya semasa tidur. Ataupun pakaikan sarung tangan fabrik. Ia bagi mengelakkan dari merebaknya kuman pada bahagian lain di badan.
  • Redakan kegatalan seluruh badan dengan mandi air suam sebanyak dua hingga ke tiga kali sehari. Tambahkan sodium bikarbonat (serbuk soda penaik) ke dalam air mandian sebagai bahan bantuan mengurangkan kegatalan. Losyen berasaskan oatmeal juga boleh digunakan dalam air mandian tadi.
  • Gunakan losen calamine untuk disapu (mudah terdapat di farmasi) pada kulit selepas mandi atau sebelum tidur.
  • Sekiranya bintil cacar tumbuh di dalam dinding mulut, keraplah berkumur dengan air garam larut yang hangat.
  • Elakkan dari berkongsi sikat, sabun, tuala mandi, loofah mandi, pakaian, stokin dan tuala muka dengan orang lain.
  • Elakkan dari mendedahkan diri di tempat awam seperti pejabat, sekolah, atau premis membeli-belah. Juga jauhi dari wanita hamil. Jangkamasa lima hari pertama jangkitan cacar adalah tempoh yang sukar dan berkemungkinan boleh menjangkiti orang di sekeliling anda.

4. Telinga Tersumbat

  • Penggunaan putik kapas yang kerap boleh menyebabkan tahi telinga tertolak ke dalam gegendang telinga. Ia akan terkumpul dan kering. Bersihkan bahagian luar telinga dengan tuala bersih setiap kali lepas mandi.
  • Tahukah anda, telinga kita mempunyai rerambut halus yang berfungsi sebagai penyapu yang akan mengeluarkan lilin atau tahi telinga. Apabila proses tersebut terganggu, tahi telinga bakal terkumpul ke bahagian yang lebih dalam lalu menjadi keras. Penyelesaiannya, gunakan ubat titis telinga seperti SOLUWAX untuk melembutkan tahi telinga yang sudah tersumbat tadi.
  • Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun asli atau minyak badam untuk mencuci.

5. Kulit Berkurap

  • Cucilah pakaian, tudung, sikat, tuala mandi, sarung bantal dan cadar sekerap mungkin untuk menghindarkan jangkitan. Jika seluar dalam yang dipakai kotor, basah, atau lelbab, tukan segera dengan yang bersih.
  • Pastikan kulit sentiasa bersih dan kering. Kulit yang sentiasa lelbab dan terperap (misalnya memakai kasut) menjadi penyebab pembiakan kurap dan panau.
  • Jangan menyentuh haiwan yang jelas sedang dijangkiti kurap (keguguran bulu dan sebagainya).
  • Jika kulit kepala berkurap, gunakan syampu bayi kerana ianya lembut dan elakkan memakai gel, minyak rambut atau mousse.
  • Keraplah menyapu krim antigungal pada tempat jangkitan. Ia akan hilang sepantas satu minggu.
  • Gunakan produk-produk mandian yang berasaskan oatmeal dalam mandian anda.

6. Sakit Tekak
  • Tahukah anda, suhu bilik yang dingin dan lembab banyak membantu memulihkan tekak yang kering? Simpan semangkuk besar air, gantungkan tuala yang basah atau boleh gunakan kipas elektronik yang boleh menyimpan air di dalamnya.
  • Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Tekak boleh menjadi sangat kering dan pedih dan kering jika dibiarkan lama.
  • Elakkan meminum jus sitrus yang terlalu pekat dan penuh dengan serat kerana ia berasid dan boleh merengsakan kerongkong anda.
  • Untuk mengurangkan tekak yang tonsil, makanlah aiskrim vanila kerana dinding tekan akan cepat menjadi kecut dan boleh melegakan dari sakit tonsil.
  • Jauhi asap kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

7. Ulser Mulut
  • Jauhi makanan dan minuman yang boleh menambah kesakitan pada ulser seperti buah-buahan yang masam (sitrus), kopi, makanan pedas atau berempah, makanan keras seperti kekacang dan minuman panas.
  • Makanlah makanan yang bersifat lembut seperti kastard, yogurt atau ais krim. Amalkan meminum air sejuk.
  • Berkumur-kumurlah dengan cecair antiseptik. Ataupun bancuh setengah sudu teh garam ke dalam 250ml air masak. Gunakannya untuk berkumur-kumur selama 30 saat. Pastikan larutan tadi mengenai dinding mulut seluruhnya.


25/03/2014

Kitar semula bukan sahaja proses memisahkan kertas dan plastik anda ke dalam tong biru kecil. Terdapat lain-lain, cara yang lebih kreatif untuk menyelamatkan alam sekitar dan mengurangkan bahan buangan. Ambil kotak pizza sebagai contoh. Kebanyakannya diperbuat daripada kadbod kukuh, tetapi ia dibuang begitu saja selepas habis makan. Persepsi itu akan berubah.

Berikut adalah 20 perkara yang hebat yang anda boleh buat daripada kotak pizza yang telah digunakan. Ia nampak tak masuk akal, tetapi hakikatnya TIDAK: Anda boleh berkreativiti hanya dengan kotak pizza biasa.




























Jam dinding kraf


Sarang burung




Game


Kotak Dokumen (diy)


Main Teng-teng


Baju Samurai



Membuat CPU



Para jejaka kini ingin tampil lebih segak dengan mengenakan aksesori seperti jam tangan yang elegan dan stylish. Selain sebagai penunjuk waktu, ia  juga dapat membuat si pemakainya tampil dengan klas tersendiri.

Bagi anda yang mempunyai bajet lebih, mungkin produk jam tangan untuk jejaka di bawah boleh dicadangkan kepada jejaka kesayangan anda untuk tampak lebih bergaya.

1. Casio Edifice

Jam tangan Casio Edifice adalah jam tangan jenis analog yang direka khas untuk jejaka maskulin dan mementingkan gaya hidup kota. Ketika admin menulis, Casio telah mengeluarkan koleksi terbarunya yang dengan kod nama EFR - 536 yang disertakan dengan neon iluminator. Dengan teknologi ini membolehkan jam dapat bersinar terang dan jelas dengan penggunaan LED di ruang paparannya. Pihak Casio memaklumkan bahawa produk mereka kali ini lebih baik dari segi pencahayaannya jika dibanding dengan jenama lain yang sekategori dengan keluaran mereka.

Di samping itu, jam ini juga boleh menyala di dalam gelap. Ia berfungsi melalui satu alat pengesan cahaya yang menyerap enegri photic cahaya hitam dan sekaligus memancarkannya. Jam ini juga turut disertakan fungsi tambahan 'stopwatch' 1/10 saat dan kerangka badannya yang kedap udara.

Casio Edifice ini juga melihatkan rekabentuk yang sporty dan menampakkan ketulenan dan dinamik dan menggunakan teknologi Casio yang dirahsiakan.

Jam tangan Casio Edifice EFR-536 mula berada di pasaran sekitar bulan April ini dengan terdapat beberapa warna yang elegan seperti aqua, silver-orange, black/aqua, black-gold dan black/red.

Dari gambar yang ditunjukkan sememangnya jam ini mempunyai ciri-ciri gaya hidup yang metro. Untuk harganya memang belum diketahui, namun admin menjangkakan harganya agak ekslusif sesuai dengan teknologi pembuatannya.

2. Seven Friday P1 dan P2

Seven Friday merupakan sebuah jenama yang berasal dari Swiss. Seven Friday membawa konsep jam tangan berukuran besar dengan gaya yang artistik. Ada sebahagian rekabentuknya mengekalkan gaya retro dan vintage.

Walaupun menggunakan bentuk kotak namun masih menampakkan unsur elegan. Jika dibandingkan dengan produk jam tangan jenama lain, mungkin ia kelihatan unik kerana kelainan rekabentuknya.

Jam yang berasal dari Kota Zurich berharga hampir sama dengan harga sebuah motorsikal! Model P1 dijual sekitar RM3600 manakala model P2 dijual sekitar RM3770.

Jika anda mementingkan gaya dan keterampilan dan tidak kisah dengan harganya, ianya memang sesuai untuk anda kerana rekabentuk retro sangat popular kebelakangan ini.

Okey, itulah tadi dua jenis jam tangan ekslusif yang direka khas untuk jejaka yang mementingkan penampilan dan kelas yang tersendiri. Apa pun tepuk dada tanya selera!

p/s: Admin suka jam yang kalis air kerana kadangkala admin terlupa nak buka jam tangan bila dah terjun ke dalam kolam renang atau pun laut... Huhuhu!




Istilah gaya hidup pada asalnya dicipta oleh ahli psikologi Austria, Alfred Adler, pada 1929. Pengertiannya yang lebih luas, sebagaimana difahami pada hari ini, mula digunakan sejak 1961.[1]

Dalam bidang sosiologi, gaya hidup ialah cara bagaimana seseorang hidup. Gaya hidup ialah kumpulan ciri tingkah laku yang bererti kepada kedua-dua orang-orang lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu, serta tindakan berdasarkan logik. Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai, dan pandangan dunia seseorang. Justera, gaya hidup ialah cara untuk memupuk konsep kendiri serta mencipta simbol kebudayaan yang menggemakan identiti peribadi. Namun bukan semua aspek gaya hidup bersifat sukarela pada sepenuhnya. Sistem-sistem sosial dan teknikal di sekeliling boleh menyekat pilihan gaya hidup serta simbol yang dapat digunakan untuk menonjolkan gaya hidup kepada orang-orang lain dan diri sendiri.[2]

Sempadan antara identiti peribadi dengan perbuatan sehari-hari yang menandakan sesuatu gaya hidup semakin kabur dalam masyarakat moden.[3] Misalnya, "gaya hidup hijau" bermakna memegang kepercayaan dan melakukan kegiatan-kegiatan yang menggunakan kurang sumber serta menghasilkan kurang sisa yang berbahaya (iaitu jejak karbon yang lebih kecil) dan mencapai penghargaan diri menerusi pemegangan kepercayaan dan pembuatan kegiatan-kegiatan tersebut. Sesetengah pengulas mendebat bahawa dalamkemodenan, asas pembinaan gaya hidup ialah tingkah laku penggunaan yang menawarkan kemungkinan untuk mencipta dan membezakan diri lagi menerusi produk dan perkhidmatan yang menandakan gaya hidup yang berbeza.[4]

Bagaimana ingin menikmati gaya hidup yang lebih baik?

1. Jadikan makanan sehat menjadi bagian yang penting hidup anda.

Hal ini penting agar keseluruhan tubuh anda berfungsi dengan baik, serta menjaga kesehatan dan keindahan organ individu dan bagian tubuh seperti otot, kulit, rambut, kuku, dll.

Pilihlah makanan sehat yang menyediakan anda nutrisi berguna dan minimalkan konsumsi junk food.

2. Jangan lupa sarapan.

Mulailah hari anda dengan makanan yang kaya gizi dan seimbang yang akan membuat anda penuh energi sampai dengan siang hari saat anda makan siang.

3. Banyak minum air putih.

Jika memungkinkan, ganti semua jenis minuman ringan anda dengan air putih. Hal ini jauh lebih baik untuk tubuh, membantu pencernaan, membakar lemak dan tidak menimbulkan sembelit, layaknya minuman berkarbon.

4. Lebih memilih makan makanan yang dapat dibakar dengan mudah.

Hindari lemak dan setiap kali anda perlu mengisi perut anda dengan sesuatu, makan buah atau salad buah. Atur berat badan anda dengan petunjuk penurunan berat badan yang sehat dan pastikan bahwa anda tidak mengikuti berbagai petunjuk penurunan berat badan yang ‘ajaib’ karena dapat berdampak buruk bagi kesehatan anda.

5. Lawanlah nafsu makan emosional anda.

Setiap kali anda menghadapi masalah, tunjukkan tekad, dengan tidak menyerah terhadap apa yang ada di dalam kulkas atau lemari makanan anda.

6. Jalani olahraga sebagai sesuatu yang menyenangkan.

Jangan berpikir bahwa olahraga adalah sesuatu yang harus anda lakukan dengan keterpaksaan. Olahraga adalah gaya hidup danmanfaat-manfaat dari olahraga akan anda rasakan untuk anda sendiri, bukan untuk orang lain.

7. Mulailah hari anda dengan suasana hati (mood) yang baik.

Setiap pagi rangsanglah pikiran anda dengan hal-hal yang membuat mood anda positif. Mendengarkan musik, membaca sesuatu yang menyenangkan, dan berbicara di telepon dengan orang yang anda sayangi. Awal hari sangatlah penting. Jika anda memiliki suasana hati yang baik, kesulitan atau masalah akan ditangani dengan tenang.

8. Minimalkan pengambilan kafein.

Gaya hidup yang lebih baik ialah kurangkan pengambilan kopi dalam rutin harian. Kopi dapat memiliki beberapa manfaat tetapi juga dapat menjadi penyebab sakit kepala migrain dan masalah kesihatan lainnya jika ambil secara berlebihan (cukup 1, maksimal 2 cawan kopi setiap harinya). Teh adalah alternatif yang baik.

9. Jangan biarkan anda menjalankan rutin yang sama setiap hari.

Setiap kali bangun di pagi hari, pikirlah bahwa hari ini anda akan melakukan sesuatu yang hebat. Jangan mengerutkan kening dan jangan biarkan diri anda masuk ke dalam logika rutinitas.

10. Jangan suka bertangguh.

Tempatkan tujuan-tujuan pribadi anda dan buatlah rencana untuk mencapainya.

11. Fokus pada tujuan jangka pendek anda.

Hindari membuat tujuan yang kritikal dan terlalu sulit. Berikan prioritas untuk tujuan yang paling singkat dan dapat dicapai, uruslah hari demi hari.

12. Jalankan program harian.

Catatlah semua pekerjaan dan tugas yang anda miliki, dimulai dengan tugas yang telah anda selesaikan, tugas yang harusnya sudah anda selesaikan dan tugas yang belum anda selesaikan.

13. Revise kehidupan anda.

Pada setiap akhir hari, buatlah ringkasan dari apa yang sudah anda lakukan dan kemudian mengatur apa yang harus anda lakukan di hari kerja berikutnya sesuai dengan tingkat kepentingan masing-masing tugas.

14. Disiplinkan diri dengan jadual harian yang anda sendiri tetapkan.

Terutama ketika meluangkan waktu untuk relaksasi dan untuk keperluan pribadi anda lainnya. Pekerjaan atau kewajiban yang anda tinggalkan harusnya tidak lebih penting dari anda sendiri.

15. Kekalkan aura positif anda.

Jangan mengubah kebiasaan anda dengan mengadopsi gaya hidup tidak sehat hanya karena anda sedang berlibur. Pada periode ini anda harus lebih berhati-hati.

16. Pastikan level kesihatan anda di tahap terbaik.

Belajarlah untuk menangani kesehatan anda sebagai hak yang istimewa (untuk peduli dan untuk memastikan), dan bukan menganggapnya sebagai sesuatu yang diberikan kepada anda.

17. Mendorong sekeliling anda ke arah positif.

Mendorong teman-teman dan kolega untuk berolahraga dengan anda atau mendorong semua orang yang mengatakan bahwa mereka ingin berolahraga tapi tidak mengambil keputusan untuk mulai berolahraga.

18. Perbaharui diri anda dengan perkembangan baru di bidang kesehatan, olahraga dan kebugaran.

Berusahalah untuk memperoleh informasi secara teratur tentang teknik baru atau cara berolahraga.

19. Elakkan hidup yang hambar .

Variasi selalu lebih menarik, sehingga sangat baik jika anda dapat terlibat di berbagai jenis olahraga. Hal ini tentu saja berlaku untuk area lain dari kehidupan anda ….. Namun tidak diterapkan untuk pasangan hidup ya.

20. Masukan vitamin dalam tubuh anda.

Konsumsi vitamin setiap hari akan memperbaiki kekuatan dan daya tahan tubuh anda.

Sebagai penutup: Ada ribuan hal baru dan indah di luar sana menunggu untuk anda temukan. Jangan lupa bahwa seluruh gaya hidup anda bisa berubah menjadi lebih baik dan sehat hanya ketika anda sehat juga dalam pikiran, jiwa dan tubuh anda.